fbpx

Liga Super: PDRM FC mudah baham Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang PDRM FC, Uche Agba menjadi salah seorang tunjang pasukan untuk melakar kemenangan ke atas Penang FC sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) terus mempamerkan belang dalam usaha mendaki carta Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-0 pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya petang tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Cops kendalian Datuk Yunus Alif membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh Uche Agba dan Mohd Nabil Ahmad Latpi.

Skuad The Cops melaungkan amaran awal apabila Agba melakukan hantaran tetapi tandukan Mohd Nabil berjaya ditepis penjaga gol Harimau Kumbang, Azfar Arif Mohd Sukri.

Gol yang dicari pasukan tuan rumah akhirnya tiba pada minit ke-35 bermula daripada sepakan percuma Kyaw Min Oo ditampan pemain Penang FC, Ousmane Fane ke dalam gawang sendiri.

Bersambung pada babak kedua, PDRM FC terus garang apabila James Okwuoso menggandakan kelebihan juga menerusi sepakan set piece pada minit ke-73.

Skuad The Cops mengesahkan tiga mata penuh apabila meraih gol ketiga hasil ledakan pemain gantian, Bruno Suzuki menerusi ledakan jarak jauh dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan PDRM FC di naik di kedudukan kelapan liga dengan 27 mata manakala Penang FC kekal di tempat ke-10 dengan 19 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI