fbpx

Enam terselamat dalam kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Iswara Aeroback yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Perserai, Batu Pahat hari ini. Foto IHSAN BOMBA

BATU PAHAT – Enam individu termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun berjaya dikeluarkan pasukan bomba daripada sebuah Proton Iswara yang remuk akibat kemalangan di Jalan Perserai di sini tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Gembur, terdahulu semua mangsa tersepit akibat pelanggaran dengan Proton Saga dan sebuah lori lima tan jenis Isuzu.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 12.31 tengah hari dan sebuah jentera FRT bersama sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga, sebuah lori 5 Tan jenis Isuzu dan sebuah kereta jenis Proton lswara Aeroback,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat enam orang mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton lswara Aeroback dan PKO bertindak mengeluarkan mangsa dari kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail menggunakan jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Manga yang cedera dikenal pasti sebagai Mohd. Zaki Hassan, 38, pemandu Proton Iswara dan penumpangnya yang belum dikenalpasti identiti iaitu seorang wanita dewasa, 30 an; seorang remaja perempuan (13 tahun), kanak-kanak perempuan (12 tahun), bayi perempuan (setahun) dan seorang kanak kanak lelaki (tiga tahun).

“Pemandu lori dikenali sebagai Ghazali Abdullah, 40, selamat manakala pemandu Proton Saga tiada di lokasi,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI