fbpx

Ibu bapa ikat anak nakal di tiang restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak lelaki itu ditinggalkan bersendirian selepas diikat oleh ibu bapanya. - Weibo

BEIJING – Sepasang suami isteri di China menjadi perhatian pengguna media sosial selepas mengikat anak lelaki mereka yang nakal pada sebatang tiang di restoran, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Pasangan dari wilayah Zhejiang itu difahamkan cuba mendisiplinkan anak mereka yang barlari-lari dan membuat bising ketika keluarga berkenaan sedang makan di dalam sebuah restoran barbeku.

Seorang pelanggan restoran, Zhang merakam video kejadian itu pada 19 Ogos lalu. 

Selepas budak lelaki itu diikat menggunakan pita pelekat, ibu bapanya mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gelagat anak mereka yang meraung sambil cuba melepaskan diri. 

Mereka kemudian kembali ke dalam restoran untuk menghabiskan makanan. 

Menurut Zhang, restoran itu dipenuhi ramai pelanggan dengan kebanyakan mereka ketawa sambil merakam video budak lelaki tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut serta sebaliknya.

“Budak lelaki itu akan mendapat pengajaran dan akan berkelakuan baik pada masa hadapan,” kata seorang pengguna. 

“Saya mahu tahu adakah tindakan itu memudaratkan anak mereka. Saya langsung tidak berasa ia kelakar,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI