fbpx

Hilang kerja sejak jaga anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULBAHRIN (kanan) dan Fatimah (kiri) menjaga Siti Nur Fatihah yang terlantar akibat penyakit yang berpunca daripada jangkitan kuman ketika ditemui di Taman Ladang Regent, Tampin baru-baru ini.

TAMPIN – Seorang bapa pasrah apabila terpaksa berhenti kerja dan menghabiskan masa di rumah bersama isterinya demi menjaga anak perempuan mereka yang kini terlantar akibat jangkitan kuman sejak empat tahun lalu.

Zulbahrin Paim, 60, berkata, dia dan isterinya, Fatimah Mohd. Ali, 51, turut menjaga cucu lelaki mereka berusia enam tahun ekoran anak sulungnya, Siti Nur Fatihah, 32, sakit.

Katanya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori bagi menguruskan anaknya kerana majikan tidak mahu pekerja yang sering cuti.

“Anak saya sakit selepas dia bersalin. Mula-mula jangkitan kuman hingga mengakibatkan perutnya sakit sebelum ia merebak dan terpaksa menjalani pembedahan otak.

“Sejak itu, kami kena jaga dia memandangkan suaminya be­kerja sebagai penjawat awam dan perlu mencari rezeki,” katanya ketika ditemui di Taman Ladang Regent di sini baru-baru ini.

Menurut Zulbahrin, perbelanjaan untuk anak sulungnya itu juga besar kerana dia memakai lampin pakai buang dan bergantung kepada ubat-ubatan selain perlu berulang-alik ke hospital.

Tambahnya, anaknya mendapat bantuan bulanan Perkeso serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Bantuan itu dapatlah menampung keperluan anak dan cucu yang kami jaga ketika dia berusia setahun,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata, dia tidak putus-putus berdoa agar anak sulung daripada empat beradik itu sembuh atau sekurang-kurangnya mampu menguruskan diri sendiri.

Menurutnya, anaknya itu perlu dibantu untuk duduk dan berjalan.

“Kami akan jaganya selagi termampu bersama keluarga mentuanya. Saya tak pernah jemu berdoa demi kesembuhan anak,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BSN Zulbahrin di 0511-3411-0000-3858 atau hubu­ngi Fatimah di talian 019-982 4946. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI