fbpx

Lelaki larikan pistol polis diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah motosikal merah milik Pisanupan ditinggalkan di lokasi kejadian. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang penjenayah di Thailand diburu polis selepas merampas sepucuk pistol milik seorang anggota dan melarikan sebuah motosikal milik penduduk tempatan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu merah Ban Ko di bandar Uttaradit sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) semalam.

Polis wilayah Uttaradit kemudian mengeluarkan gambar suspek, Pisanupan Teppin, 40. Dia dilihat melarikan diri menaiki sebuah motosikal Honda Dream berwarna putih.

Pisanupan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah khususnya perdagangan narkotik Jenis 1 (metamfetamin) tanpa permit.

Pegawai polis yang terlibat, Chittipat Kannamang mengalami kecederaan pada tangan kirinya semasa bergelut dengan Pisanupan.

Chittipat berkata, dia sedang melakukan rondaan apabila terserempak dengan Pisanupan yang memandu motosikal diubah suai tanpa nombor plat berhampiran sebuah kedai di Uttaradit.

Dia cuba memeriksa Pisanupan dengan memberhentikan motosikalnya tetapi suspek enggan berhenti dan memecut kenderaannya.

Chittipat mengejarnya ke lokasi kejadian, di mana motosikal Pisanupan hilang kawalan di lampu isyarat merah lalu terjatuh.

Chittipat cuba menangkap Pisanupan tetapi suspek melawan dan mengambil pistolnya sebelum merampas motosikal seorang penduduk untuk melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI