fbpx

125 pemain catur berentap sempena sambutan merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuki (tengah) bersama pasukan teknikal dan puluhan pemain catur cilik di Kangar Street Art di Kangar, kelmarin.

KANGAR – Seramai 125 pemain catur termasuk peserta cilik berentap dalam Pertandingan Catur Kilat (Blitz) Merdeka Terbuka Perlis 2023, di sini kelmarin.

Pertandingan anjuran Persatuan Catur Negeri Perlis (PCNPs) itu melibatkan tiga kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka.

Bendahari PCNPs, Marzuki Mat berkata, pertandingan itu buat pertama kalinya diadakan Kangar Street Art iaitu kawasan tumpuan pelancong di pusat bandar Kangar.

“Persatuan menganjurkan pertandingan catur ini bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta.

“Selain itu, ia juga dapat menyemai perpaduan apabila pelbagai bangsa datang untuk bertanding secara sihat selain dapat mencungkil bakat baharu,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, lebih 100 ibu bapa hadir memberi sokongan yang mana ia mewujudkan interaksi sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI