fbpx

Luahan pembaca: Cadang BSH RM6,000 sebulan basmi kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ada cadangan supaya BSH diberikan secara bulanan bagi membasmi kemiskinan tegar. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamatkan kemiskinan tegar hanya boleh dilaksanakan sekiranya beberapa cadangan ini dimasukkan di dalam Belanjawan.

Apa kata mulakan pada Belanjawan 2024 Oktober ini dengan menggantikan Sumbangan Tunai Rahmah secara beransur-ansur kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bulanan.

Dicadangkan kepada Anwar supaya isi rumah diberi BSH RM6,000 sebulan, bujang (18 tahun ke atas) RM2,700, warga emas tanpa pasangan RM4,000 dan individu di bawah 18 tahun RM700.

Penerima boleh disemak melalui senarai bantuan sebelum ini.

Kerajaan juga mesti menyediakan potongan harga jualan rahmah sebanyak 45 peratus ke atas makanan dan minuman yang mesti dilaksanakan tiga kali seminggu iaitu Selasa, Rabu dan Ahad selain pada musim perayaan selepas pembentangan belanjawan.

Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kerajaan perlu menawarkan potongan harga 50 peratus setiap hari.

Kami berharap perdana menteri menerima cadangan ini jika benar-benar mahu membasmi kemiskinan tegar dengan segera.

Hapus miskin
Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI