fbpx

400 Jalur Gemilang diedar dalam DUN Kota Anggerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (enam dari kanan) ketika program itu di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.

SHAH ALAM – Sebanyak 400 Jalur Gemilang diagihkan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di beberapa buah sekolah dan pasar basah dalam DUN tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, bendera tersebut diberikan secara percuma kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 6, Pasar Moden Seksyen 6 dan Medan Selera Seksyen 2 bersempena dengan hari kemerdekaan yang disambut pada Khamis ini.

“Tujuan kita menggerakkan inisiatif ini demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, di samping mengenal penduduk di sekitar kawasan DUN ini dengan lebih rapat.

“Usaha kibar Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing bukti perpaduan rakyat berbilang kaum yang cintakan Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, pihaknya akan terus mengagihkan bendera Malaysia di beberapa lokasi lagi sehingga menjelang hari kemerdekaan kali ini.

Dalam pada itu, beliau berharap penduduk di DUN Kota Anggerik akan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta mereka terhadap negara.

“Apa salahnya kalau kita mengeluarkan sedikit wang untuk membeli bendera Malaysia, yang saya rasa harga bendera pun tak mahal sangat.

“Sambutan hari merdeka setahun sekali lagi sahaja. Jadi ayuh, beli dan kibarkan bendera Malaysia di rumah dan kenderaan anda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI