fbpx

Belanja RM8,000 pasang 1,600 Jalur Gemilang di Batu 4 Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sedang giat memasang Jalur Gemilang sepanjang Kampung Jalan Genting-Rantau Panjang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66.

KLANG – Penduduk Kampung Jalan Genting-Rantau Panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di sini memasang 1,600 Jalur Gemilang pelbagai saiz sepanjang 1 kilometer (km).

Menurut wakil penduduk, Azhar Mohamad, program tersebut melibatkan kira-kira 100 ahli kariah yang terdiri daripada golongan muda dan tua.

“Kita himpunkan orang kampung di sini dan selaraskan pemasangan Jalur Gemilang dengan penduduk Kampung Jalan Pangkalan Nelayan.

“Kos RM8,000 ringgit membeli Jalur Gemilang dan batang-batang kayu dikumpul secara bersama demi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke 66 tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azhar berkata, masa beberapa hari diambil untuk memasang Jalur Gemilang sepanjang jarak 1 km tersebut bermula pada waktu siang hingga pukul 3 pagi.

Katanya lagi, program tersebut bukan untuk pertandingan atau dibuat untuk suka-suka tetapi demi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

“Kita memasang ribuan Jalur Gemilang ini untuk membuktikan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat masih wujud bukan sekadar untuk bertanding bagi merebut hadiah. Selain Jalur Gemilang yang megah berkibar, replika seperti kapal terbang dan menara turut dibuat bagi menyuntik kelainan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI