fbpx

Jualan Agro Madani di Kedah catat jualan RM2.15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuriana (dua dari kanan) berbual dengan peniaga ulam-ulaman pada program Jualan Khas Agro Madani di tapak Pasar Tani FAMA di Jalan Peteri, Sungai Petani pada pagi ini.

SUNGAI PETANI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.15 juta menerusi Program Jualan Agro Madani (PJAM) di 111 lokasi jualan di negeri ini dari Januari lalu hingga bulan ini.

Pengarahnya, Zuriana Mat Adam berkata, menerusi program itu, penjimatan sebanyak RM646,784 dapat dilakukan apabila barangan dijual dengan potongan harga iaitu antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“PJAM merupakan penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang menawarkan jualan pelbagai barangan antaranya produk segar seperti ayam, ikan, daging dan barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung serta beras.

“Kesinambungan ini merupakan usaha pihak kita untuk membantu meringankan beban semua golongan termasuk B40 selain membolehkan 1,097 peniaga mempunyai lokasi memasarkan produk jualan mereka,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Jualan Khas Agro Madani (JKAM) di Tapak Pasar Tani Jalan Peteri, di sini hari ini.

Kata beliau, pelanggan yang mengunjungi JKAM itu berpeluang mendapatkan barangan di bawah pakej Kombo Agro Madani berharga RM6.60 yang mengandungi 10 biji telur ayam, satu peket minyak masak satu kilogram, bihun, set kordial sirap serta bawang besar dan bawang merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI