fbpx

Nahas Elmina: Anwar beri sumbangan waris keluarga Ustaz Idris, Khairil Azwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan (baju biru) menziarahi salah seorang waris mangsa nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada waris keluarga dua mangsa nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi waris keluarga Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib dan Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Felda Mempaga 1, Karak dan Kampung Ketari, Bentong, Pahang.

“Semalam Setiausaha Politik saya telah menziarahi waris keluarga kepada Allahyarham Ustaz Idris dan Allahyarham Khairil Azwan yang merupakan antara mangsa pesawat Beechcraft Model 390 yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya kepada keluarga mangsa. Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam insiden 17 Ogos lalu, 10 individu disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI