fbpx

Pelancong minta tidak kunjungi pusat beli-belah di Singapura jika tidak kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga Australia (kiri) mendapati pusat beli-belah The Shopee menjual pelbagai barangan dengan harga terlalu mahal di Marina Bay Sands, Singapura. - Foto /TikTok/_jessiecar

SINGAPURA – Seorang rakyat Australia memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak melawat Singapura melainkan mereka memiliki kekayaan, lapor porta berita asiaone semalam.

Rakyat Australia itu membuat kenyataan itu ketika dia berkongsi pengalaman melawat pusat beli-belah The Shopee yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis barangan mewah di Marina Bay Sand.

Dia yang menggunakan akaun _jessiecarr berkongsi video tentang kunjungannya ke pulau tersebut.

“Jangan pergi ke pusat beli-belah di Singapura melainkan anda kaya,” katanya dalam video itu sambil melihat di sekelilingnya.

“ Ini yang saya lihat,” katanya yang menunjukkan kedai berjenama di sekelilingnya termasuk Bottega Veneta, Hermes, Balenciaga, Saint Laurent, Bulgari, Louis Vuitton dan Prada.

“Saya belum lagi melihat satu kedai mampu milik yang saya boleh berbelanja,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI