fbpx

Selangor menang bergaya sumbat 11 gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Selanggor, Ayron De Valle meraikan salah satu daripada empat jaringannya ketika membantu Selangor membelasah Kelantan FC 11-2 pada aksi Liga Super malam kelmarin. – KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

BARISAN pemain Selangor FC menunjukkan karakter dan reaksi terbaik apabila kembali daripada ketinggalan dua gol kepada Kelantan FC untuk mencipta kemenangan besar, sekali gus memecahkan rekod jaringan Liga Super malam kelmarin.

Pengendali Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe tidak menjangkakan pasukannya akan merekodkan jumlah jaringan sehingga 11-2 pada perlawanan itu meskipun mereka mendambakan kemenangan.

“Saya sebenarnya tidak menjangkakan kami dapat mencipta satu kemenangan besar. Semua ini terhasil daripada usaha dan kerja keras barisan pemain. Mereka bermain sebagai satu pasukan dan inginkan kedudukan terbaik.

“Kita berada di tangga ­kedua carta Liga Super dan secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada Selangor untuk mengekalkan kedudukan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe memberitahu, beliau mengakui dua gol awal The Red Warriors (TRW) sedikit sebanyak menyebabkan pasukan kendaliannya tersentak, namun pemain-pemain Selangor FC terus mempamerkan reaksi untuk menyamakan kedudukan sete­rusnya memenangi perlawanan.

“Boleh dikatakan dua gol awal diperoleh Kelantan FC berpunca daripada kesilapan pemain Se­langor FC yang kehilangan fokus. Saya sering menasihatkan pemain-pemain agar sentiasa fokus kepada perlawanan sejak daripada minit pertama.

“Kita tidak boleh sesekali menganggap mana-mana pasukan terutamanya di kelompok terbawah Liga Super seperti Kelantan FC sebagai lawan yang lemah. Di sudut mentaliti, kita perlu kekal fokus untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI