fbpx

Cacar monyet: Warga Perak dinasihati ke klinik, hospital jika ada gejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanesan (kanan) ketika mengunjungi ruang pempamer sempena Kempen Kesihatan Awam di Aeon Mall Station 18, Ipoh hari ini.

IPOH – Penduduk di negeri ini perlu segera ke klinik atau hospital berhampiran sekiranya mendapati ada gejala cacar monyet (mpox) pada diri mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi negeri, A. Sivanesan mengeluarkan nasihat itu susulan pengesahan terhadap dua kes positif jangkitan mpox di negara ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, gejala mpox termasuklah demam, keletihan, sakit kepala dan ruam makulapapular yang bermula di muka sebelum tersebar ke tapak tangan serta tapak kaki, diikuti bahagian tubuh lain.

“Penyakit ini berjangkit dan ia perlu dikuarantin jika didapati positif. Saya harap orang ramai berwaspada dan melakukan saringan kesihatan jika ada tanda-tanda tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah melaksanakan langkah pencegahan awal dengan memantau lokasi-lokasi berisiko.

Sivanesan berkata, pemantauan dilaksanakan terhadap semua individu berisiko termasuklah pengembara atau pelancong melalui saringan mpox yang dilakukan di pintu masuk antarabangsa khususnya lapangan terbang,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan semalam memaklumkan kes jangkitan mpox disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata, kes kedua yang disahkan pula ialah seorang lelaki tempatan yang merupakan kontak kes mpox pertama, dengan dia disahkan positif pada 29 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI