fbpx

Periksa telefon pasangan tanpa kebenaran kesalahan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tahukah anda tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya berdepan situasi pasangan memeriksa atau mengakses telefon bimbit tanpa kebenaran.

Menerusi penerangan seorang peguam di TikTok Lawyer Ghandi, perbuatan memeriksa atau mengakses peranti tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan.

“Tahukah anda memeriksa atau mengakses sesuatu maklumat pada peranti elektronik tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan jenayah. Lebih parah lagi jika terdapat gambar atau apa-apa maklumat seperti mesej diambil dan dipindahkan ke alat elektronik yang lain

“Perbuatan ini boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Jenayah Komputer yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan atau denda sehingga RM50,000,” katanya dalam video tersebut baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya kata kunci itu diberikan sendiri kepada pasangan, ia bermakna telah memberikan kebenaran untuk mengakses telefon bimbit tersebut.

“Ingat percayalah pasangan anda dan jangan “check” telefon mereka tanpa kebenaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI