fbpx

Hannah Yeoh kunjungi Tan Sri Rafidah Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh dalam satu pertemuan bersama Tan Sri Rafidah Aziz.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengunjungi bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz di kediamannya semalam.

Dalam pertemuan tersebut Hannah berkata, dia sentiasa terbuka untuk belajar daripada tokoh politik itu yang mempunyai pengalaman luas dalam kementerian.

“Saya luangkan masa pagi ini dengan beramah mesra dengan Tan Sri Rafidah Aziz, Dia kelihatan hebat, dalam semangat dan keadaan baik seperti biasa dan benar-benar maklum mengenai perkembangan politik terkini.

“Seperti biasa, beliau sentiasa memberi nasihat yang baik kepada saya tentang menjaga Kementerian dan kawasan kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pertemuan dua figura politik itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial malah ada yang memuji hubungan baik mereka berdua.

“Dua wanita besi dari latar belakang politik berbeza, masing-masing berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik. Terima kasih kerana bersama kami, Yang Berhormat Menteri Yeoh dan Tan Sri Rafidah,” tulis Kah Ngiu Lau.

Sebelum ini, bekas Ketua Wanita UMNO itu turut membantu berkempen untuk Hannah Yeoh yang bertanding di parlimen Segambut pada Pilihanraya umum ke 15 yang lalu.

Rafidah Aziz yang kini berusia 80 tahun pernah menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI