fbpx

Salah laku sarjan disiasat secara adil – KP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein

SHAH ALAM – Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung dakwaan salah laku melibatkan seorang anggota polis berpangkat sarjan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor.

Ini selepas perkara itu ditularkan menerusi video berdurasi empat minit 12 saat dengan aduan berkaitan salah laku anggota tersebut dibawa kepada pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkaitan telah diterima dengan siasatan dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Katanya, pihaknya akan melakukan siasatan secara telus dan adil berhubung insiden itu.

“Saya cuba mendapatkan maklumat lanjut sebab insiden melibatkan beberapa pihak.

“Kita kena melihat keadilan dua-dua pihak dan bukan sebelah pihak sahaja. Siasatan juga sudah dibuka dan akan dibuat dengan telus dan adil,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir pada Karnival dan Kayuhan Merdeka Polis Selangor (Merdeka Ride) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di pekarangan Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Hussein turut menegaskan kenyataan media akan dikeluarkan selepas mendapat laporan penuh.

“Saya akan keluarkan kenyataan nanti sebab bimbang tidak lengkap (lagi sekarang). (Jadi), saya tidak mahu berat sebelah sama ada yang dituduh atau buat aduan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI