fbpx

Lyles muncul ‘raja pecut’ di Budapest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYLES muncul juara dalam acara 200m selepas menguasai saingan 100m pada Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest kali ini. - AFP

BUDAPEST – Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles membuktikan statusnya sebagai ‘raja pecut’ bagi saingan 2023 apabila memenangi pingat emas acara 200 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia di Pusat Olahraga Nasional awal pagi semalam.

Walaupun gagal untuk meleburkan rekod pelari legenda, Usain Bolt, namun sekurang-kurangnya Lyles boleh tersenyum lebar apabila memenangi emas kedua selepas turut melakukannya dalam acara 100m minggu lalu.

Lyles berkata, dia tetap gembira dengan pencapaian tersebut, lebih-lebih lagi bukan mudah untuk untuk memenangi pingat emas dalam kedua-dua acara pecut tersebut pada Kejohanan Dunia.

“Sudah tentu saya fikir saya sudah lakukan satu pencapaian yang menakjubkan. Sekarang saya sudah berada di satu tahap sama dengan lima atlet lain yang pernah menjadi juara dunia berganda.

“Secara jujur, saya mahu lakukan catatan masa yang lebih baik, mungkin sekurang-kurangnya memperbaharui rekod AS. Bagaimanapun, saya gembira dengan pencapaian sekarang,” katanya yang melakukan catatan masa 19.5 saat (s) semalam.

Sementara itu, dalam acara 200m wanita, atlet Jamaica, Shericka Jackson memenangi acara tersebut menerusi catatan masa 21.41s, sekali gus meleburkan rekod kejohanan 21.45s yang dilakukannya tahun lalu.

“Saya rasa saya seperti satu testimoni yang tidak pernah mengaku kalah untuk mencapai kejayaan. Walaupun hampir dengan rekod dunia (21.34s), namun saya langsung tidak fikir mengenainya ketika berlari,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI