fbpx

Kedutaan Besar Malaysia di Iraq dibuka semula selepas 2 dekad ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bersama Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Antarabangsa merangkap Menteri Luar Negeri Republik Iraq, Dr. Fuad Hussein sewaktu lawatan rasmi di Iraq.

PETALING JAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Iraq yang ditutup sementara sejak dua dekad lalu akan dibuka semula sekali gus lembaran baharu hubungan Malaysia dan Iraq.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, beliau telah menyampaikan keputusan Kabinet Malaysia untuk mengoperasikan semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad sewaktu lawatan rasmi ke Republik Iraq.

“Pengoperasian semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad pastinya akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.

“Dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Iraq, saya mengulangi komitmen Malaysia untuk meluaskan kerjasama dengan Iraq dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi, pendidikan, hubungan udara dan pelancongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk meneroka semua laluan dan peluang yang ada dalam meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara termasuk meningkatkan eksport perabot, produk farmaseutikal, produk elektrik dan elektronik serta komoditi ke Iraq.

“Dalam bidang pelaburan, kerajaan Iraq telah mengalu-alukan kehadiran syarikat-syarikat dari Malaysia untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bagi pembangunan semula Iraq.

“Saya turut membincangkan tentang status pengoperasian Petronas di Iraq serta peluang yang lebih meluas dalam sektor tenaga yang boleh diterokai oleh Petronas,” katanya.

Terdahulu, Zambry melakukan lawatan rasmi ke Republik Iraq yang telah berlangsung dari 23 Ogos hingga semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI