fbpx

Saya tiada hak pertikai kegilaan Sanusi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan provokasi dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mendakwa UMNO akan berkubur dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor ini.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana turut memberitahu, beliau tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak lawannya itu.

“Tanya dengan dia (Sanusi) kenapa cakap macam itu, saya tiada hak untuk pertikaikan kegilaan seseorang,” katanya ringkas apabila diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut meyakini tahap keserasian antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya di Parlimen Pulai berada pada tahap tinggi.

“Untuk Pulai saya memperkatakan keyakinan kuat kerana Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada hubungan baik sekian lama dengan rakan-rakan PH walaupun sembilan bulan lalu bertempur.

“Tetapi sekarang beberapa program sudah disusun beliau untuk menyatukan kedua-dua jentera. Selain itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sendiri turut santuni ahli dan penyokong UMNO, jadi di Pulai ini agak mudah,” tegasnya.

Tambah beliau, pihaknya yakin PRK Pulai akan dimenangi calon Kerajaan Perpaduan kerana jumlah undi diterima PH dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu adalah sebanyak 94,000 undi, manakala calon PN hanya menerima kira-kira 20,000 undi.

“Namun lanskap politik sudah berubah, maka kita juga perlu ubah susun atur perjalanan kempen, kita sedar ini merupakan satu pendakian yang licin namun dalam politik ia tidak mustahil,” jelasnya lanjut.

Sementara itu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, pengundi akan terus menolak UMNO dalam PRK itu disebabkan kerjasama dengan PH khususnya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI