fbpx

PRK: Suhaizan tiba diiringi barisan jemaah menteri Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN (empat dari kiri) ditemani Ahmad Zahid dan Mohamad Sabu ketika hadir ketika proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Calon Kerajaan Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini pada pukul 8.45 pagi.

Menariknya, perarakan ketibaan beliau turut diiringi barisan jemaah kabinet Kerajaan Perpaduan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Perarakan ketibaan beliau turut disertai kira-kira 1,000 penyokong.

Suhaizan dijangka berdepan saingan tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai, serta calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Samsudin merupakan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL),

Seramai 167,108 individu layak mengundi dengan pecahan seramai 74,814 pengundi Melayu, Cina (67,635), India (20,555) dan lain-lain kaum (5,104) di Parlimen Pulai.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI