fbpx

‘Dulu kita alergik dengan PH, sekarang kita bersama’ – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID ketika berucap pada Majlis Perasmjan Program Belia dan Desa Madani @KKDW di B5 Street Market, Tampoi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sudah bersama lebih lapan bulan itu sudah tidak lagi alergik dengan logo dan warna parti yang dahulunya bermusuhan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kini kedua-dua gabungan politik tersebut tidak berdepan masalah malah boleh menjalinkan kerjasama di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Ketepikan prasangka antara kita, dulu kita alergik dengan baju warna merah (warna rasmi PH), mereka (orang PH) lebih lagi (alergik dengan BN). Sekarang tidak ada biru atau merah. Sekarang kita dalam kebersamaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Belia dan Desa Madani @KKDW di B5 Street Market, Tampoi di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kebersamaan antara BN dan PH itu amat penting ketika berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Jelasnya, kemenangan dua kerusi itu di peringkat Parlimen dan DUN sekali gus mengukuh dan menterjemahkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan yang diasaskan oleh PH-BN.

“Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram perlu kekal dan terus menjadi ‘tapak’ atau kubu politik bagi dua gabungan tersebut di negeri ini.

“Sekiranya kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram datang daripada BN dan PH, itu akan mengukuhkan hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI