fbpx

Dakwaan ubah hidung, Diana Danielle biar netizen buat andaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Diana Danielle enggan memberi justifikasi terhadap tuduhan membuat hidung yang tular baru-baru ini dalam media sosial.

KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang justifikasi terhadap dakwaan dia mengubah bentuk wajah khususnya pada bahagian hidung seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, juga mengakui ketidakyakinan diri adalah perkara normal dan sebagai seorang manusia, dia turut melalui perkara sama.

“Saya memang ada ketidakyakinan mengenai bentuk fizikal sendiri dan normal untuk kita bercakap mengenainya.

“Tidak kisahlah betapa sempurna orang bercakap mengenai anda, kita sendiri pasti akan mempunyai ketidakyakinan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelancaran lagu terbaharunya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur itu bagaimanapun hanya ingin membiarkan orang ramai mengeluarkan andaian sendiri tanpa perlu membuat sebarang penjelasan mengenainya.

“Saya cuba atasi ketidayakinan ini cuma saya tidak perlu buat justifikasi dan jelaskan kepada orang ramai secara terperinci.

“Sekiranya nak tahu, direct message (DM) saya. Kalau orang sedar mengenai perubahan wajah saya, hendak buat macam mana?” jelasnya.

Berkongsi mengenai single baharunya berjudul Bersama Dengan Rindu, Diana berkata lagu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya.

“Kalau orang kata jalan cerita sama dengan kisah peribadi, mungkin kebetulan sebab saya sudah rakam lagi ini setahun lalu.

“Harap Bersama Dengan Rindu mengubat kerinduan peminat ditambah pula saya sudah terlalu lama tidak muncul dengan lagu Melayu,” ujarnya.

Baru-baru ini, muncul dakwaan bahagian hidung Diana kelihatan berbeza ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding tuntutan hadanah pada 21 Ogos lalu.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI