fbpx

Lembaga Disiplin UMNO diberi kuasa penuh siasat, ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Lembaga Disiplin UMNO diberi kuasa penuh dan berkecuali untuk menyiasat, memperhalusi serta mengambil tindakan yang wajar terhadap sebarang kes-kes perlanggaran disiplin yang dilakukan ahli parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO mengambil perhatian secara serius sebarang isu perlanggaran disiplin mahupun perlakuan yang boleh dianggap menyalahi peraturan dan menyanggahi Perlembagaan parti.

“Fasal 20.9 (f) dalam Perlembagaan UMNO jelas menggariskan prinsip penting untuk setiap ahli ‘Memelihara nama baik dan maruah parti’ dan tidak melakukan apa sahaja bentuk tindakan, perlakuan, penulisan mahupun percakapan yang boleh ditafsirkan menyanggahi prinsip ini.

“Penyertaan mana-mana ahli dalam satu-satu pakatan yang tidak dianggotai UMNO atas nama apa sekalipun juga turut diperincikan dalam Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau menyeru ahli UMNO untuk kekal bersatu dan bersetia dengan wadah yang menjadi induk penting dalam Kerajaan Perpaduan hari ini untuk terus memelihara Islam dan memartabatkan agenda Melayu-Bumiputera sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.

Media hari ini melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepimpinan parti akan bertindak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi, Ahmad Zahid berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai Muhammad Jailani menghadiri acara kempen Perikatan Nasional (PN) di Johor dan perkara itu sedang disiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI