PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Negeri tersebut melibatkan Kedah (Baling), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Pahang, Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol) serta Johor (Segamat dan Kota Tinggi).
“Sarawak pula meliputi Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan,” kata MetMalaysia pada hantaran Facebook hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE