fbpx

Pusat hiburan diserbu, 23 wanita asing didakwa ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Seremban. Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seramai 23 wanita dan empat lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methaphetamine, minggu lalu.

Kesemua tertuduh diserbu ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Seremban yang mana seramai 14 anggota polis dan dua Timbalan Pendakwa Raya turut ditahan selepas disyaki positif dadah.

Kesemua mereka terdiri daripada warga China, Thailand dan Vietnam mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali dan Nurul Saqinah Rosli.

Mereka didakwa menggunakan methaphetamine pada pukul 9.45 pagi di sebuah pusat hiburan, Jalan Dato’ Sheikh di sini pada 19 Ogos lalu.

Sehubungan itu, mereka dituduh mengikut 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan, bagaimanapun mahkamah membenarkan 13 tertuduh diikat jamin RM4,000 dan 14 lagi dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan semua pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Sebutan semula kes pada 25 Oktober ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang pegawai dan 13 anggota polis serta seorang Timbalan Pendakwa Raya dan seorang Pendaftar Mahkamah ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, JIPS Bukit Aman turut melakukan tangkapan ke atas 19 wanita warga Vietnam, 17 wanita warga China, sembilan wanita warga Thailand, tiga wanita warga Indonesia serta tiga wanita tempatan yang turut positif dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI