fbpx

Sempat brek, kereta api elak gilis lelaki mahu bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu berdiri di landasan sambil mengangkat tangannya ke udara. - Facebook

BANGKOK – Seorang pemandu kereta api di Thailand berkongsi detik cemas tren dipandunya nyaris melanggar seorang lelaki yang berdiri di tengah landasan, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Choonya Sathiranon dan rakannya, Thepnurak Choochuai yang bekerja di daerah Hat Yai, Songkhla sedang mengendalikan kereta api ekspress nombor 169 apabila mereka melihat lelaki tidak dikenali itu berada di landasan.

Mereka segera menekan brek kecemasan untuk menghentikan kereta api, namun lelaki itu berada lebih dekat berbanding jarak berhenti standard untuk kereta api.

Lelaki yang didakwa ingin membunuh diri bernasib baik apabila kereta api tersebut sempat berhenti walaupun tidak sampai 10 meter dari lokasi dia berdiri. 

Jantung mereka berdegup kencang ketika kejadian, namun pemandu itu gembira kerana mereka berjaya mengelakkan kemalangan sekali gus menyelamatkan nyawa lelaki itu tanpa sebarang kecelakaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI