fbpx

Penduduk ternak 58 buaya dalam lubang di tepi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya itu dikurung di dalam sebuah lubang sempit. - Polis Sumatera Selatan

JAKARTA – Polis menemui 58 ekor buaya diternak di dalam lubang sempit selepas menyerbu beberapa buah rumah di wilayah Sumatera Selatan, lapor laman berita Detik hari ini.

Berdasarkan gambar yang dirakam polis, semua buaya itu diternak di dalam lubang berdinding konkrit. Ia terletak betul-betul di sebelah rumah pemiliknya. 

Wakil Balai Polis Sumatera Selatan, Putu Yudha Prawira berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan penduduk setempat.

Penduduk kawasan itu bimbang sekiranya buaya-buaya yang diternak terlepas dan membahayakan nyawa mereka.

Tiga orang ditahan dalam serbuan itu. Mereka ialah Amrun, 73, yang didapati memelihara 13 ekor buaya, Sukarni 11 ekor, manakala Supratman 34 ekor.

Menurut Sukarni, ternakan itu diamanahkan oleh seorang lelaki bernama Budiman dan mereka memanggilnya sebagai Bos. Budiman dikatakan meninggal dunia pada 2015.

Buaya yang tinggal kemudian diternak sehingga besar dan membiak. Mereka memberi makan ikan kepada buaya-buaya tersebut.

Polis masih menyiasat motif penternakan buaya itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN