fbpx

22 jalan di Putrajaya ditutup bagi sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 jalan sekitar Putrajaya bakal ditutup sempena menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, penutupan jalan secara berperingkat akan bermula seawal pukul 5 hingga 11 pagi.

Jelasnya, sebanyak 18 laluan akan ditutup pada 27 dan 28 Ogos ini bagi memberi laluan persiapan latihan raptai perbarisan sambutan sempena Hari Kebangsaan 2023.

Antara jalan yang ditutup adalah Persiaran Perdana ke Laman Perdana, Lebuh Saujana ke Persiaran Perdana dan ke Lebuh Wadi Ehsan, Lebuh Wawasan ke Lingkaran Gemilang 1, Lebuh Bestari ke Persiaran Perdana dan Jalan Kemerdekaan ke arah Persiaran Perdana.

“Pada 30 Ogos ini tiada sebarang raptai perbarisan akan diadakan (hari berehat) manakala pada hari sambutan iaitu 31 Ogos nanti sebanyak 22 jalan berhampiran Perbarisan Hari Merdeka akan ditutup seawal 5 pagi.

“Kita menjangkakan seramai 100,000 pengunjung akan hadir ke sambutan Hari Kebangsaan ini. Jadi, pengunjung yang ingin membawa kenderaan sendiri dimaklumkan bahawa tempat letak kenderaan adalah terhad,” ujarnya ketika sidang akhbar, di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Allaudeen berkata, pengunjung digalakkan untuk menggunakan shuttle bas yang disediakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Kompleks E dan Putrajaya Sentral serta Express Rail Link (ERL) serta Mass Rapid Transit (MRT untuk ke lokasi.

“Bagi kenderaan e-hailing pula, boleh menurunkan penumpang di sekitar kawasan Masjid Besi, Kiblat Walk dan Jalan Tun Hussein (belakang Istana Kehakiman),” tambahnya.

Ujarnya, seramai 1,764 pegawai dan anggota terlibat dalam tugas bermula hari ini termasuk 171 anggota petugas trafik yang akan mengawal aliran trafik serta menjamin keselamatan di sekitar kawasan Putrajaya.

Berikut adalah senarai 22 jalan yang ditutup bagi acara Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya:

  1. Persiaran Perdana ke Laman Perdana
  2. Lebuh Wawasan ke Persiaran Perdana dua-dua arah
  3. Lebuh Saujana ke Persiaran Perdana
  4. Lebuh Bestari ke Persiaran Perdana
  5. Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abd Razak dan Jalan Permodenan
  6. Jalan Kemerdekaan ke arah Persiaran Perdana
  7. Jalan Tun Abd Razak ke Lebuh Wawasan
  8. Jalan Tuanku Abd Rahman Lebuh Wawasan
  9. Jalan P3F ke Persiaran Perdana
  10. Jalan P2K ke Persiaran Perdana
  11. Jalan P3C ke Persiaran Perdana
  12. Jalan P2S ke Persiaran Perdana
  13. Jalan P2W ke Persiaran Perdana
  14. Jalan P2P ke Persiaran Perdana
  15. Lebuh Setia ke Persiaran Perdana
  16. Jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bulatan Putra
  17. Lebuh Setia ke Persiaran Perdana
  18. Jalan Perpaduan ke Lingkaran Gemilang 1
  19. Jalan Tun Hussein ke Lebuh Bestari
  20. Persimpangan Lebuh Saujana/Persiaran Perdana
  21. Lebuh Sentosa ke Persiaran Perdana
  22. Lebuh Wadi Ehsan ke Persiaran Perdana – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI