fbpx

Belum ada keputusan untuk sekat makanan laut dari Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyekat kemasukan makanan laut dari Jepun susulan pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan akan membuat keputusan untuk menyekat kemasukan makanan laut dari negara tersebut sekiranya terdapat kajian yang membuktikan ia boleh membawa mudarat kepada penduduk dunia.

“Mereka (Jepun) berkata, sisa tersebut telah dineutralkan. Bagaimanapun, kerajaan akan mengambil keputusan bersama negara-negara lain sekiranya benar ia boleh membawa mudarat.

“Buat masa ini, masih belum ada sekatan yang dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Show-tech Mardi, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI