fbpx

5 pasangan popular dan hadiah kereta ‘juta-juta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pasangan artis yang pernah menyerikan dunia hiburan dengan kisah hadiah jentera mewah buat pasangan masing-masing.

MENGHADIAHKAN kereta mewah buat insan tersayang terutama teman hidup merupakan usaha sebilangan selebriti sebagai tanda menghargai pasangan.

Andai ada pihak menganggap perkara sebegitu hanya mengikuti trend semasa, sebahagian individu lain pula melihatnya sebagai penghargaan buat isteri atau suami yang susah senang bersama.

Kalau punya kemampuan, sudah tentu seseorang itu ingin menggembirakan insan tersayang dengan memberikan hadiah berharga.

Umpama serampang dua mata, ganjaran berupa kenderaan mewah untuk orang tercinta juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan bersama.

Anzalna dan Hanif Hadi

PELAKON juga usahawan popular, Tya Arifin pula menerima kejutan kereta elektrik Tesla model Y sempena hari lahir ke-28 merangkap ulang tahun perkahwinan ketujuh daripada suaminya, Asyraf Khalid pada November tahun lalu.

Detik gembira itu dikongsikan dalam Instagram dan YouTube Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin yang turut bergambar dengan jentera puti itu.
Hasil semakan, harga sebuah Tesla model Y adalah sekitar RM345,800 hingga RM481,900.

Sekitar Julai tahun sama, pasangan suami isteri itu berkongsi rasa sebak terpaksa menjual kereta utama mereka selepas lima tahun digunakan.
Asyraf dan Tya yang dikurniakan dua cahaya mata mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.

Zul Arifin dan Gayatri Su-lin Pillai

WALAUPUN hanya berkawan baik selepas putus kasih, aktor sensasi Zul Arifin menghargai bekas kekasihnya, Gayatri Su-lin Pillai dengan kejutan istimewa.
Pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin itu menyerahkan sebuah kereta mewah kepada wanita itu yang turut dikongsi dalam laman sosial.

Menerusi hantaran Instagram produser filem terbabit, kenderaan yang diberikan kepadanya berwarna hitam garang.
Mereka berdua mula bersahabat selepas Zul terbabit dengan filem Penanggal arahan Ellie Suriaty Omar pada 2013, hingga bercinta selepas filem Bikers Kental tahun yang sama.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

PELAKON yang juga usahawan popular, Aeril Zafrel membuat kejutan menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition yang dianggarkan bernilai RM2.4 juta.
Biarpun sedikit terlewat daripada tarikh hari jadi Wawa ke-32 yang jatuh pada 12 Mac lalu, namun kejutan dilakukan ‘menjadi’.

Malah turut kelihatan dalam video tersebut adalah hadiah tambahan iaitu timbunan beberapa kotak barangan berjenama diletakkan dalam kenderaan.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu iaitu pada hari jadi yang ke-29, Aeril pernah menghadiahkan Wawa kereta Mercedes-Benz GLC 300.
Aktres itu juga pernah memberikan kejutan sebuah kereta Lamborghini Gallardo berwarna kuning kepada Aeril tahun lalu

Risteena Munim dan Isa Khan

AKTRES Risteena Munim lebih bertuah apabila menerima hadiah kereta mewah daripada Isa Khan yang ketika itu masih bergelar kekasihnya iaitu sekitar 2019.
Lelaki tersebut memberikan jentera berharga RM339,000 itu bagai tanda kasih sayang mereka genap setahun menyulam cinta.

Isa menyatakan kenderaan berkenaan juga adalah disebabkan perniagaan minuman kesihatan mereka semakin berkembang. Pasangan yang berkenalan ketika membintangi drama Bulan Di Kota Langit itu berkahwin pada 11 Mac 2021.

Asyraf Khalid dan Tya Ariffin

PELAKON juga usahawan popular, Tya Arifin pula menerima kejutan kereta elektrik Tesla model Y sempena hari lahir ke-28 merangkap ulang tahun perkahwinan ketujuh daripada suaminya, Asyraf Khalid pada November tahun lalu.

Detik gembira itu dikongsikan dalam Instagram dan YouTube Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin yang turut bergambar dengan jentera puti itu.
Hasil semakan, harga sebuah Tesla model Y adalah sekitar RM345,800 hingga RM481,900.

Sekitar Julai tahun sama, pasangan suami isteri itu berkongsi rasa sebak terpaksa menjual kereta utama mereka selepas lima tahun digunakan.
Asyraf dan Tya yang dikurniakan dua cahaya mata mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI