fbpx

King Sing mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf susulan kejadian kekecohan di Dewan Rakyat berpunca daripada kenyataannya yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati.

King Sing menerusi satu kenyataan hari ini berkata, permohonan maaf itu dibuat bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan kepentingan serta keharmonian negara.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021.

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, petugas barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan,” ujar kenyataan itu.

Tambah King Sing, beliau hanya berniat untuk membahaskan soal Covid-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya.

Terdahulu, episod kekecohan tersebut bermula apabila King Sing sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Belanjawan 2021, pada 11 November lalu mendakwa Noor Hisham takut mati.

“Pergi turun tengok dan berbincang untuk menguruskan frontliners, doktor dan jururawat. Jangan hantar sahaja. Frontliners tidak takut mati tapi DG (Noor Hisham) takut mati.

Timbalan DG pun tak pergi apa sudah jadi. Hari-hari buat publisiti tapi dilihat lekuk masih belum dapat diturunkan,” katanya.

Susulan kenyataan tersebut, RSN Rayer (PH-Jelutong) yang kemudiannya mendesak King Sing menarik semula kenyataannya itu menyaksikan dia akhirnya diarah keluar dari dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI