fbpx

Penganjur Port Fest 2023 mohon maaf isu tarian ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi tarian yang dilakukan oleh sebahagian penonton konsert UBS Band pada Port Fest 2023 di Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Pihak pengurusan agensi kreatif People of Remarkable Talents (Port) memohon maaf berhubung insiden ‘tarian ektrem’ oleh segelintir penonton sewaktu persembahan UBS Band di Port Fest 2023 di Dataran Ipoh di sini pada 20 Ogos lalu.

Menurut penganjur, ia bukan suatu yang sengaja diatur oleh pihaknya bahkan berada di luar kawalan mereka.

“Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang diviralkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.

“Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Port Fest 2023 yang berlangsung selama dua hari iaitu 19 hingga 20 Ogos lalu merupakan sebuah festival yang dijalankan untuk mengetengahkan pelbagai sisi seni kreatif dan budaya.

Tujuan utama penganjurannya adalah untuk memberi pendedahan serta peluang perniagaan kepada lebih daripada 300 orang penggiat seni di Perak.

Menurut penganjur, program Port Fest 2023 berjaya menarik sekitar 20,000 orang pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman dan produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan serta penyewaan penginapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI