fbpx

Anak panda Shengyi, Yiyi pulang ke China Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi bakal dihantar pulang ke China pada 29 Ogos ini bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC).

Kementerian Sumber, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan berkata, penghantaran pulang anak panda iaitu Yi Yi sebelum ini tertangguh kerana penutupan pintu masuk ke RRC akibat penularan pandemik Covid-19.

Sebelumnya Kosmo! melaporkan China Cultural Centre Kuala Lumpur (CCCKL) dengan kerjasama Zoo Negara telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17 pasangan panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang bertempat di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara pada Rabu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRECC, Abdul Wahid Abu Salim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China ke Malaysia, Malaysia-China Chamber of Commerce dan Malaysian Zoological Society (MZS) turut hadir dalam sambutan ulang tahun pasangan panda terbabit.

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17, Xing Xing dan Liang Liang dilihat dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara habitat dan spesies hidupan liar terancam serta memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua negara.

Terdahulu, kerajaan Malaysia telah dipinjamkan sepasang panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) bagi tempoh 10 tahun pada 21 Mei 2014.

Melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi betina, Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Anak pertama pasangan itu, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke RRC pada tahun 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada 29 Ogos ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI