fbpx

Qari Malaysia dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan kategori qari al-Quran Peringkat Antarabangsa, malam ini. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Qari dari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, dinobat sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445 H / 2023 M yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini malam ini.

Beliau merupakan qari bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan.

Muhammad Qayyim yang juga johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini, memperoleh markah sebanyak 94.96 peratus.

Sara Belmamoun dari Maghribi pula dinobatkan sebagai johan tilawah kategori qariah, manakala ditangga kedua disandang Rauddah Supian (Indonesia) dan ketiga, Sabaha Pato Salik (Filipina).

Sementara itu, Omar Toure dari Guinea dan Tebani Cheyma Enfal dari Algeria dinobatkan sebagai johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita.

Semua pemenang membawa pulang hadiah Tajaan Emas Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai dari kerajaan, piala iringan dan sijil. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI