fbpx

Kejohanan Dunia: Pearly-Thinaah singkir pilihan keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus menggalas cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark selepas mara ke suku akhir sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi memukau sebelum memastikan kemaraan ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark.

Pada aksi pusingan ketiga yang berlangsung di Royal Arena sebentar tadi, gandingan No.11 dunia itu mengejutkan pilihan keempat dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara apabila menang menerusi aksi straight set 21-14, 22-20.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila langkah mereka tersekat di pusingan ketiga selepas tewas 16-21, 16-21 kepada satu lagi beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Pada perlawanan sebentar tadi, tumpuan lebih terarah kepada Matsumoto-Nagahara yang turun sebagai gandingan No.4 dunia, namun ia langsung tidak menghalang Pearly-Thinaah daripada menampilkan aksi terbaik dan memastikan slot ke suku akhir.

Menjelang aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung esok, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu akan membuat perhitungan dengan beregu No.6 dunia dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu.

Atas kertas, pasangan China itu dilihat memiliki kelebihan apabila menang dalam kesemua tiga pertemuan sebelum ini pada Terbuka Malaysia 2022, Jelajah Dunia Akhir 2022 serta Terbuka Australia awal bulan ini.

Turut mengiringi Pearly-Thinaah ke suku akhir adalah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menyingkirkan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue selepas menang 20-22, 21-19, 21-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI