PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk dijangka melanda di beberapa kawasan di lima buah negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda seluruh negeri Kelantan.
“Cuaca buruk itu juga diramal berlaku di Segamat melibatkan Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi, Johor.
“Selain itu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu juga menerima cuaca yang sama” katanya dalam satu hantaran.
Hujan lebat dan ribut petir juga berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Betong, Pusa, Kabong, Sarikei Tanjung Manis.
“Di Sabah pula melibatkan beberapa tempat termasuk Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas),” tambah MetMalaysia. — KOSMO! ONLINE