fbpx

Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA termasuk suami dan dua anak merupakan keutamaan Nad ketika ini.

PETALING JAYA – Ketika ramai memberi perhatian terhadap isu putus kawan, pelakon Nad Zainal terus mengambil pendekatan dengan mengunci mulut tanpa membalas setiap komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun sepertinya ‘membalas’ kecaman ramai apabila memuat naik fotonya bersama suami, Ungku Ismail dan dua anaknya, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

“Nyawa,” tulis pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu ringkas dalam InstaStorynya hari ini.

Selain itu, Nad turut membalas komen pengikut Instagramnya yang berpendapat tindakan aktres tersebut menjauh daripada rakan-rakannya disebabkan ingin menjadi insan lebih baik.

TANGKAP layar kenyataan Nad Zainal membalas komen pengikut menerusi Instagram dengan mengatakan bahawa keluarga adalah keutamaan dirinya sekarang.

Tidak melenting, dia menjelaskan tidak memilih dan berkawan dengan semua orang namun keluarga tetap menjadi keutamaannya.

“Kawan dengan semua, yang baik dan tidak kira agama atau pangkat.

“Betul semua kita kawan, yang utama ialah ingat keluarga dan perbaiki diri. Sudah jangan kita kusutkan otak nak fikir kenapa,” balasnya.

Hari ini, aktres Nabila Huda membuat kenyataan tidak mengenali siapa Nad Zainal sehingga membuatkan nama mereka berdua meledak dalam media sosial.

Sebelum itu, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi menarik perhatian ramai apabila meninggalkan komen menyatakan tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail itu bersama pihak media.

Dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Fokusnya pada ketika ini ialah untuk suami dan anak-anak termasuk bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Khabar angin bermasam muka itu mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Selain Nabila, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI