DALAM penjagaan dan kebersihan diri, kuku merupakan antara anggota badan yang kurang dititikberatkan.
Tahukah anda bahawa sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk mengilatkan kuku tanpa perlu mengeluarkan duit dan membazir.
Bawang putih yang ada di dapur anda itu adalah salah satu penyelesaiannya.
Caranya mudah sahaja, kupas kulit bawang putih dan bersihkannya.
Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air hingga bersih. Mengikut kajian, bawang putih mampu menguatkan struktur kuku.