fbpx

Mohd. Fared wakil negara sebagai Ketua Urusetia Muay Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared menunjukkan sijil perlantikan Ketua Urusetia Muaythai Thailand-Malaysia 4 Zon dan Timbalan Presiden Persatuan Muay Thai Wanita Profesional Thailand di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani menerima dua pengiktirafan tertinggi daripada Persatuan Muaythai Profesional Thailand semalam.

Pengiktirafan itu merupakan pelantikan beliau sebagai Ketua Urusetia Muaythai Thailand- Malaysia 4 Zon yang melibatkan 76 wilayah di Thailand.

Selain itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Muay Thai Wanita Profesional 14 Wilayah di negara berkenaan.

Menurut Mohd. Fared, pelantikan itu merupakan penghargaan besar baginya selepas menjadi aktivis Muay Thai di negara ini.

Katanya, beliau yang juga rakyat Malaysia pertama menjadi penganjur yang sering menganjurkan pertandingan besar di Thailand.

“Bagi peninju dari negara ini atau luar negara ingin menyertai pertandingan di Thailand perlu mendapat kelulusan oleh pihak kami. Ia juga termasuk peninju Thailand yang ingin bertanding di Malaysia.

“Saya akan membuka sebuah pejabat urusan yang akan berpangkalan di Narathiwat untuk menguruskan pertandingan Muay Thai wanita di Patani ,Yala , Songkhla, Betong , Danok, Pathalong , Terang dan Chenok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Fared mendapat pengiktirafan berupa surat dan sijil perlantikan tersebut melalui e-mel daripada Presiden Persatuan Muay Thai Profesional Thailand, Faiz Baiduri semalam.

Sementara itu, Mohd. Fared berkata, disebabkan minat yang mendalam terhadap sukan Muay Thai, beliau telah menubuhkan Kelab M-150 pada tahun 2005 yang telah difrancaiskan dari sebuah kelab sukan itu di Thailand.

Ujarnya, dia pernah menganjurkan dua perlawanan besar Muay Thai di Hatyai, Thailand pernah mempelawa beliau menjadi penganjur tetap di negara berkenaan.

“Saya berharap sukan Muay Thai menjadi salah satu sukan teras di negara ini kerana jaguh tempatan kini sudah mampu bersaing dengan juara-juara dari Thailand dan antarabangsa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI