fbpx

Allianz catat pendapatan insurans RM1.16 bilion suku kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) merekodkan pendapatan insurans bagi suku kedua (Q2) tahun kewangan 2023 sebanyak RM1.16 bilion yang menjadikan jumlah keseluruhan perniagaan bagi enam bulan pertama tahun ini kepada RM2.33 bilion.

Keputusan ini merupakan peningkatan 8.4 peratus atau RM180.2 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Allianz Malaysia juga telah mencatatkan peningkatan 4.5 peratus untuk Premium Bertulis Kasar (GWP) berbanding tahun lepas yang berjumlah RM3.22 bilion, sementara Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat 12.9 peratus  kepada RM38.8 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata, keputusan untuk Q2 telah menunjukkan momentum yang berterusan dari suku pertama seperti yang dirancang. 

“Walaupun kami masih terikat dengan faktor makro ekonomi seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan situasi lain yang tidak dijangka, saya yakin kami boleh mengekalkan trajektori untuk tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) mencatatkan pendapatan insurans RM665.9 juta, peningkatan 6.7 peratus atau RM41.8 juta berbanding tempoh Q2 yang sama pada tahun lepas. 

Keputusan ini adalah hasil peningkatan Premium Diperoleh Kasar dari perniagaan motor.  

Mengenai usaha Allianz Malaysia untuk menjaga golongan rentan, Wang berkata, syarikat memperkenalkan rangkaian produk insurans yang mampu milik seperti Allianz Motorcycle Plus untuk motosikal dan PerlindunganKu Allianz4All untuk perlindungan kemalangan peribadi.

“Untuk PerlindunganKu Allianz4All, kami telah mencapai lebihan pertama pada bulan Julai dan telah mengagihkan dana tersebut kepada tujuh pertubuhan kebajikan. Dana tersebut telah disalurkan untuk aktiviti yang menyokong Pendidikan, Orang Kelainan Upaya (OKU), dan Usaha Bantuan,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI