fbpx

Lionel Messi belum terfikir ‘gantung but’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI mengakui masih menikmati kariernya sebagai pemain bola dan belum terfikir untuk mengumumkan persaraan. - AFP

CINCINNATI – Bintang Inter Miami, Lionel Messi menegaskan, dia hanya mahu menikmati karier yang tersisa selain enggan terlalu memikirkan bilakah masa yang paling sesuai untuk dia menggantung but.

Pemain antarabangsa Argentina itu mengharungi permulaan cukup baik sejak berhijrah ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat apabila sudah menjaringkan 10 gol selain membantu pasukan memenangi Piala Liga.

Terbaharu, Messi turut membantu pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Terbuka Amerika Syarikat apabila menang 5-4 ke atas Cincinnati menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3.

“Saya langsung tidak memikirkan mengenainya (persaraan) kerana masih mahu bermain bola sepak. Saya sentiasa menikmati setiap saat ketika berada di atas padang menjalani latihan mahupun bertanding.

“Secara jujur, saya tidak tahu sampai bila akan terus bermain secara kompetitif, namun saya akan gunakan kesempatan itu selagi mampu. Selagi saya sihat, saya akan terus bermain dan tunggu masa untuk lakukan analisis,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI