fbpx

Ng Tze Yong akur kelebihan Antonsen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG terpaksa akur tersingkir dari saingan Kejohanan Dunia apabila tewas kepada Antonsen pada pusingan kedua awal pagi semalam.

HASRAT perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong untuk meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark tidak tertunai selepas tersingkir di pusingan kedua awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Royal Arena itu, Tze Yong terpaksa akur dengan kehebatan pemain tuan rumah, Anders Antonsen menerusi aksi straight set 22-24, 16-21 dalam tempoh 57 minit.

Walaupun sudah memberikan segala-galanya bagi memburu slot ke pusingan ketiga, namun kelebihan dari segi kepantasan, pengalaman serta faktor beraksi di laman sendiri membantu Antonsen melakar kemenangan.

“Tadi (semalam) saya sudah berikan segala-galanya, tetapi saya terpaksa akui, dia (Antonsen) masih bermain lebih baik daripada saya. Mungkin kepantasan serta pengalaman yang dimiliki lebih baik berbanding saya.

“Bagi saya, apa yang menjadi perbezaan hari ini (semalam) adalah bagaimana untuk mengawal tekanan ketika berada di atas gelanggang. Saya juga mahu berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan,” kata Tze Yong.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pemain menampilkan aksi yang cukup baik di set pertama apabila mereka sentiasa bertukar servis, namun ketenangan ditunjukkan Antonsen ketika ‘deuce’ memberi kelebihan kepadanya.

Memasuki set kedua, pemain yang menghuni ranking ke-12 dunia itu semakin sukar digugat apabila menguasai dan memimpin keseluruhan permainan sebelum menunjukkan jalan keluar buat Tze Yong menerusi kemenangan 21-16.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI