fbpx

Sime Darby rekod untung bersih RM1.46 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sime Darby mencatat peningkatan hasil ekoran prestasi kukuh daripada perniagaan automotif di Malaysia. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sime Darby Berhad (Sime Darby) melaporkan untung bersih 32.2 peratus lebih tinggi kepada RM1.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, berbanding RM1.1 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Peningkatan tersebut hasil daripada keputusan lebih baik daripada operasi bahagian perindustrian di Australasia, prestasi kukuh daripada perniagaan automotif di Malaysia dan keuntungan daripada pelupusan hartanah di Hong Kong.

Kumpulan turut melaporkan hasil berjumlah RM48.3 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus daripada tahun kewangan 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, prestasi kukuh yang dipamerkan membuktikan ketahanan kami Sime Darby, berlandaskan strategi yang dilaksanakan dalam persekitaran pasaran yang mencabar. 

“Walaupun menghadapi kesukaran di China, pasaran kami yang lain mencatatkan prestasi yang menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sime Darby turut mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 10 sen sesaham bagi suku tahun keempat berakhir 30 Jun 2023, yang mana dalam tempoh tersebut, untung bersih melonjak 124 peratus kepada RM622 juta.

Ini menjadikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2023 berjumlah 13 sen sesaham atau RM886 juta, dengan pengagihan untung bersih sebanyak 61 peratus.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI