fbpx

Nahas Elmina: Lapan waris terima faedah bulanan Perkeso September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar lokasi nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam.

KUALA SELANGOR – Lapan waris mangsa nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam akan menerima faedah bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seawal September depan.

Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, semua kes itu sudah didaftarkan di Pejabat Perkeso negeri di Petaling Jaya dan dalam proses pengurusan dokumen berkaitan.

“Lima daripada waris penerima faedah itu akan diuruskan oleh pejabat Cawangan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi tiga waris lain, urusan itu diserahkan kepada pejabat cawangan Manjung (Perak), Sungai Petani (Kedah) dan Seremban (Negeri Sembilan) yang semuanya dijangka bermula September ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Perkeso Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lapan daripada 10 keluarga mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu layak menerima pampasan Perkeso.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar memaklumkan semua keluarga itu mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Menerusi skim diperuntukkan dalam akta itu, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala.

Tambah Ismail, Perkeso sudah selesai membuat bayaran FPM kepada lapan waris mangsa.

“Jumlah pampasan Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada setiap waris belum ditentukan setakat ini kerana melibatkan amaun berbeza. Penerima itu melibatkan, balu dan anak-anak berusia 21 tahun manakala mangsa bujang diberika kepada ibu bapa,” ujarnya.

Tragedi menyayat hati pada 17 Ogos lalu itu mengakibatkan 10 mangsa terkorban termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI