fbpx

Bot meletup macam bom, penumpang terpelanting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lantai bot yang dinaiki meletup pada Selasa lalu ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah perkampungan di Pulau Aur.

MERSING – Salah seorang ­mangsa lantai bot pecah memberitahu, berlaku letupan kuat seperti bom ketika kejadian hingga mengakibatkan lapan penumpang cedera serta patah kaki akibat terpelanting.

Penumpang yang juga pemilik bot, Siti Hazerina Sheikh Abu Bakar, 46, berkata, kejadian mereka dalam perjalanan perjalanan bercuti ke Pulau Besar sebelum bot meletup dan bot hanyut dibawa arus ke Pulau Pemanggil selepas berlepas dari Jeti Mer­sing pada pukul 8.45 pagi.

Katanya, ketika itu keadaan laut berada dalam keadaan baik dan mereka rancak berbual pada awal perjalanan.

“Kira-kira setengah jam lagi hendak sampai di pulau itu, ma­sing-masing sudah mendiamkan diri lalu saya ambil keputusan untuk menutup kepala dengan tuala untuk elak mata pedih ke­rana percikan air laut.

“Tiba-tiba saya dengar bot meletup seperti bunyi bom dan saya terpelanting di dalam bot. Ketika itu saya dengar orang lain turut meminta tolong kerana kaki patah kerana mereka turut terpelanting,” katanya ketika ditemui.

Beginilah keadaan bot Siti Hazerina yang rosak akibat hempasan air ketika dalam perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Aur, Mersing.

Menurut Siti Hazerina, dia kemudian cemas apabila melihat semua penumpang terbaring akibat cedera dan berdarah selepas mengalihkan tuala daripada kepalanya.

Tambahnya, dua kru bot yang tidak cedera kemudian memandu bot yang masih boleh beroperasi ke kawasan mempunyai talian telefon sebelum mereka menghubungi bantuan dan Ma­ritim Malaysia.

“Enjin bot tidak meletup dan ia hanya melibatkan lantai sahaja. Bot pula baru sahaja di­selenggara,” katanya sambil memberitahu mereka semua dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Ujar Siti Hazerina, bot itu mula beroperasi selepas perintah kawalan pergerakan dan tiada masalah sebelum ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian tulang tumit kaki yang retak.

“Setakat ini saya tak pasti jumlah kerugian yang dialami,” katanya yang masih mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini.

Semalam Kosmo! Online melaporkan dua parah, manakala lapan lagi cedera ringan selepas lantai bot penumpang dinaiki meletup dan pecah akibat hem­pasan air ketika berada di perairan Pulau Tinggi di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI