fbpx

UMW Grantt sedia platform untuk peminat sukan pemotoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMW

PETALING JAYA – Pengeluar dan pengedar minyak pelincir, UMW Grantt International Sdn. Bhd. (Grantt), mengadakan acara CarTell Gymkhana Vol. IV, bertempat di Aylezo Speedway di Taman Putra, Glenmarie Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Pengarah Kumpulan bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW, Anas Nasrun Mohd Osman berkata, acara kali memberikan platform kepada para peserta untuk menguji kemahiran pemanduan dan mempamerkan kenderaan masing-masing kepada peminat sukan permotoran.

“Grantt Lubricants telah menjadi penaja rasmi acara ini sejak siri ke-2 sebagai satu bentuk sokongan untuk komuniti sukan permotoran tempatan.

“Peserta yang terlibat bersaing dalam dua kategori iaitu Showroom dan Prepared. Bagi kategori Showroom, pemilik boleh mempamerkan kereta ‘standard stock’ dengan beberapa pengubahsuaian estetik,” katanya.

Menurut Anas, kategori Prepared pula dikhaskan untuk pesaing serius dengan kereta persaingan khusus yang menampilkan pengubahsuaian ketara.

“Aktiviti sampingan seperti jualan minyak pelincir serta cabaran media sosial juga diadakan sepanjang acara berlangsung.

“Disamping itu, pengunjung juga dapat merasakan pengalaman “taxi ride” bersama Zen Low, pemandu kereta berpengalaman yang juga duta jenama Carlist,” katanya.

Acara tersebut diakhiri dengan pengumuman pemenang di mana UMW Grantt International Sdn. Bhd. telah menyumbangkan hadiah berbentuk produk minyak pelincir kenderaan keluaran Grantt Lubricants. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI