fbpx

Ganja bernilai RM2.16 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain (empat dari kanan) menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas dalam operasi di Kedah dan Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Oleh SAFINA RAMLI

 

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah dari Laos dan merampas ganja seberat 865.7 kilogram (kg) bernilai RM2.16 juta selepas melakukan lapan serbuan di negeri ini dan Kedah pada Jumaat lalu.

Dalam operasi yang sekitar pukul 12.15 tengah malam hingga 6.30 pagi itu, dalang utama sindiket berusia 56 tahun turut dicekup di Jitra, Kedah.

Selain itu, 11 suspek lain iaitu lapan lelaki tempatan, tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Laos berusia berusia 22 hingga 58 tahun turut ditahan di pelbagai lokasi berasingan di dua negeri berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, dalam serbuan di Sungai Nibong di sini dan Simpang Ampat di Seberang Perai, pihaknya merampas 872 ketulan mampat dipercayai ganja.

“Polis percaya bekalan dadah ini dibawa masuk dari Laos melalui Thailand dengan menggunakan jalan laut dan jalan darat.

“Penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand juga menyebabkan sindiket mengalih modus operandi penyeludupan dengan menggunakan jalan laut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

Menurutnya, polis menyita enam kenderaan dan bot serta wang tunai RM752 bagi siastan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI