fbpx

JPJ Pulau Pinang kesan 9 lori bawa lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Pulau Pinang memeriksa lori yang melalui jalan tumpuan dalam 'Ops Lebih Muatan', semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyk sembilan kenderaan barangan khususnya lori dikesan membawa lebih muatan yang dibenarkan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan Stesen Penguatkuasa Valdor di sini, semalam.

Menurut jurucakap JPJ negeri, kesemua kenderaan tersebut telah dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959.

“’Ops Lebih Muatan’ itu telah berlangsung selama kira-kira lapan jam iaitu bermula tengah malam semalam sehingga pukul 8 pagi.

“Tumpuan utama untuk lokasi penguatkuasaan itu pula adalah di laluan utama seperti di Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan negeri serta kawasan perindustrian,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu ujarnya, penguatkuasaan itu diadakan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan atau perdagangan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Katanya, ini termasuk peraturan yang telah dikuatkuasakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang terutama membawa muatan melebihi had dibenarkan akan terus dilaksanakan secara telus dan berterusan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI