fbpx

Silibus tinggi punca segelintir ibu bapa hantar anak sekolah swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Silibus pendidikan negara yang dikatakan terlalu tinggi menyebabkan ada segelintir ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta.

Menurut perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif ProParenting Resources, Dr Taufiq Razif di Facebook, rangka silibus pendidikan seharusnya dirangka dengan berhati-hati supaya tidak membunuh minat anak-anak untuk belajar.

“Hati-hatilah rangka silibus pendidikan anak anak. Kita tak nak kerana terlampau ‘advanced’ (maju), akhirnya anak jadi tak minat terus dah nak belajar. Kasihanilah mereka!

“Saya kasihan sebenarnya dengan mak-mak ni. Saya sendiri pun sampai terpaksa hantar anak ke sekolah swasta. Salah satunya sebab isu silibus ni juga lah.

“Sebab tu saya faham sangat kenapa homeschooling (persekolahan di rumah) tumbuh seperti cendawan. Ibubapa dah mula menjauh daripada sistem pendidikan yang ada sekarang,” katanya.

Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan pandangan beliau, malah turut berkongsi pengalaman yang serupa.

“Saya dan suami pilih untuk jaga mental anak-anak. Belajar ilmu yang berguna dalam kehidupan saja. Memang semua ni nampak pada lebih membunuh minat anak-anak belajar,” ujar Emma Azli.

“Anak darjah satu. Bawak balik kerja sekolah, pantun ada maksud tersirat. Rasa macam advance sangat ja. Anak saya belum pandai baca,” kata Fazreen Ereen.

“Betul saya setuju. Anak-anak saya makin kurang minat nak belajar. Sebab dia kata dia tak faham. Saya yang usaha nak bantu ni pun jadi bingung,” kongsi Norhidayah Zainal.

“Betul tu doktor. Anak-anak hilang minat nak belajar,” komen Aida Rohayu Rahad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI